Sunday, March 20, 2016

Working Holiday Visa Interview

Last week on Friday aku pergi interview pasal Working Holiday Visa ni. Aku dapat request on FB. Recommended by Izmil. Yang tak syok nye aku ni terexcited pulak sembang pasal experience aku kat NZ. Padahal soalan interview sikit2 je. Alahai besar pulak kemaluan aku kali ni. Yela dari 6.30 pm sampai 9.30 pm dia record aku punya sembang. Mau bernanah telinga dia dengar balik. haha

Kalau dia interview aku untuk dapatkan script drama okay jugak kan? boleh aku dapat royalti? tapi persoalan nya, cerita aku ni menarik ke tak...Arghh lantak pi la.,.

Aku down lagi sampai ke hari ni..

Tuesday, October 27, 2015

Overview My NZ Working Holiday Visa Route

 Auckland

 - Tinggal di rumah Hamish

Napier

- Naik bas datang Napier

Hasting

- Tinggal dengan Natasha dan Cameron


Levin

- Tinggal dengan Khawan, Renata, Raul and a few latinos.

Auckland

- Kerja sebagai cleaner dengan Claudia (ibu Renata) sebelum dia balik Chile for good.

Te Puke

- Kerja sebagai pruner pokok kiwi dengan Roti Nan (Kevin )direcommend oleh abang (David)

Tauranga

- Kerja di Packhouse untuk repacking kiwi masa winter.
- Kerja part time peel off lemon jugak. Tidur 2 jam je sehari last sekali aku tak tahan, aku bagi je pada Isaac budak US tu.

Wellington

- Masa aku enjoy sudah tiba, naik bas pergi Wellington hari last Ramadhan. Aku sambut raya sana, nak pergi duta tapi diorang sambut hari lain. Yela New Zealand raya pertama mana cuti.

Queenstown

- Fly dari Wellington to Christchurch to Queenstown. Tinggal di Nomads Backpackers.
- First day di Queenstown aku dah jumpa Micheal a nice guy from Germany. Kasi aku tumpang duduk di rumah bujang dia.hehehe

Wanaka

- Jumpa Sarah a German girl 10 years old dan Shawn dari China. Memang cantik Wanaka Lake ni. Tapi si Shawn ni kadang2 annoying jugak. Kesian jugak dia sebab kadang aku tak layan. haha

Lake Tekapo

- Silap aku pergi Walk In last2 banyak backpackers dah full. Ada aku tinggal my contact kat YHA Backpackers in case ada kosong tiba2. Diorang pun tolong aku dapatkan accomondation malam tu. Lega bila aku call satu backpackers ni diorang ada kosong. Tapi masuk ke dalam sikit dari main road situ. harga nearly 30 NZD per night. Kongsi bilik 3orang. Not bad at all. Dapat rumah dari aussie seorang chef and photographer.

Queenstown

Naik bas ke queenstown. Aku beli murah sikit sebab aku beli nakedbuss pass dengan si Sarah when I was in Wanaka. 15 nzd gitu ok la dari aku kenar bayar 30 nzd gitu. Masa naik bas jumpa amoi Malaysia solo traveler from Alor Star. Dia tegur aku dulu sebab masa aku sembang dengan awek Japan sorang ni. Maybe dia dengar slang aku macam orang Malaysia dan aku pun tengah sembang pasal Malaysia. Tapi amoi tu turun di Airport Christchurch, tapi aku turun di CBD Christchurch. Aku dah beli dorm kat YMCA Backpackers. Bangunan nya macam tengah renovate. Maybe sebab gempa bumi 2011 dulu kan. Dapat dorm pun okay. tapi backpackers ni macam tak friendly sangat la. Aku rasa yang duduk dalam backpackers tu orang yang keje di Bandar situ. Bukan kaki backpackers yang selalu kurang duit macam aku.

Saturday, March 7, 2015

The day in Auckland City

Hari ke hari duk negara orang sangat merisaukan aku, yela duit makin sikit, beli makanan itu ini, akaun bank pulak tak leh bukak lagi sebab masalah license, IRD number tak buat lagi sebab lesen juga. Nak taknak, aku kena hadapi jugak, takkan aku nak beli tiket balik sebab masalah cam gini kan? Lagi teruk nampak sangat loser sangat akunye.

Malam sebelumnya aku lepak dengan Aleks, kita dah plan nak pergi Bank of New Zealand or BNZ instead of Kiwibank. Katanya Aleks BNZ ni bagus sikit kawan dia recommended. Aku takde hal bank mana pun, yang penting aku dapat simpan duit dan duit aku selamat. Itu aja, lagi pun aku ni simple je orang nye. Jenis takmo fikir banyak. Keep it simple mat saleh cakap.

Pagi tu around 9 am gitu aku pun bersiap nak pergi Auckland city sebab nak bukak akaun bank, actually Aleks dah buat appointment dengan Bhai, aku lupa officer India tu punya nama, jadi aku hentam je nama Bhai. Appointment dia tengah hari gitu, jadi kitaorang naik bas dari Malborough tu dalam pukul 10 am gitu. Tambang tak silap aku 5 dollar, pergi balik jadi 10 dollar kalau convert jadi RM27..mau nangis aku buatnye.

Bus stop dari rumah Hamish ni tak jauh sangat, jalan kaki dalam 5 minit dah sampai. Hari tu panas tak berapa panas, kira ngam2 la. Masa dalam bas tu, best juga rasa ye la boleh juga aku poyo konon2 aku ni orang NZ yang ada urusan ke bandar, style jugak aku pakai spek hitam bagai, naik angin pulak nak style mentang2 la dating dengan mek saleh dan duk negara mat saleh, kalau kat Malaysia setakat pergi bank, seluar trek je aku belasah.hahaha
Dekat tangan aku, aku prepare maps Auckand dalam pamphlet, bukan apa, aku saja je tak nak guna Maps dalam telefon, nak jimat bateri. Ye la kalau bateri habis, satu keje pulak nak cari power plug. Jadi masa aku dating dgn Aleks tu, kiranya Nampak macam couple jugak la, aku ni dengan Maps kat tangan, Aleks pulak bawak camera DSLR dia tu.

Sesampai di Currie Street tengah Bandar Auckland tu, perkara pertama kitaorang cari BNZ je dulu. Senang je jumpa, just jalan lurus je situ. Tak besar mana pun Auckland Center ni, dan tak menarik sangat untuk aku, ye la tengok suasana macam Australia je, lagipun banyak asian, lagi la aku tak suka. Dalam otak aku memang aku prefer nak stay duk celah2 kampung di NZ ni, terbayang gunung ganang cantik dengan rumput dan lembut susu dutch lady tu, hishh tak sabo pulak aku nak keluar dari Auckland ni J

Oleh sebab kitaorang sampai awal sangat, jadi kitaorang pun plan la untuk sightseeing around the city dulu. Kitaorang putar2 kat Auckland Tower ni je, pastu pergi area belah2 laut tu, nama apa entah aku pun dah lupa. Dalam putar2 dengan Aleks ni, aku pun sembang2 la dia, katanya dia bukan jenis yang suka jumpa2 orang pastu peluk2 sana sini, dia akan friendly bila dia dah start kenal orang, pastu baru la dia boleh gelak2 sakan bagai. Aku faham dia takut aku compare dia dengan si Gee and monika tu, dorang memang friendly, awal2 jumpa aku pun aku dah kena peluk dorang, pastu nak pergi tidur pun si monika ni main peluk2 juga. Habis tercemar aku punya teruna jantan Melayu aku ni kan selepas dicabul awek Brazil, adoiiii :-P  Tengah jalan2 tu, yang lawak nye, si Aleks ni boleh pulak terlupa bawak memory card camera dia. Alahai awek ni, buat lawak je. Takpela, beg aku jugak jadi mangsa dia nak tumpangkan camera dia, tak kisahlah duk Negara orang kena banyak buat baikkan, baru la ramai orang sekeliling tolong kita.heheehe

Bila penat jalan-jalan, kaki ni pun nak krem jugak lah sebab lama tak exercise kan, kitaorang pun nak cari la mana2 the nearest park area situ nak lepak kejap sambil aku nak minum air Barbican yang aku beli 3.50 dollar ni, kira maju jugak la air barbican ni sampai ke NZ pun ada. Pandai betul orang Arab meniaga. Nak dijadikan cerita, aku dengan Aleks ni tengah belek2 Maps ni, tetiba seorang mak cik tua menyapa kitaorang,
“Hey do you need a help?” katanya sambil duduk di bangku jalanan tu. Aleks pulak menjawab “We’re looking for a park somewhere around here, could you help us?”
Mak cik tu menjawab menjawab, “Sure! You just walk straight on this round and turn left on that junction, bla bla bla bla……” sambil tunjuk kan jari ke hala junction traffic light tersebut. “Maybe you’ve to walk in 5 minutes to reach there” at last mak cik cakap, aku pun cakap la thank you heaps kat mak cik tu. 

Jalan la kitaorang ke Park situ, penat juga sebab kena naik turun bukit jugak, tapi sesampai kat taman tu, kitaorang lepak la bawah pokok situ. Sambil2 minum air semua, si Aleks duk la bercerita masa dia travel kat China dulu, nak cari duit senang je dia jadi cikgu English part time, sejam lumayam juga la orang sana bayar. Dia cakap kalau orang berkulit putih dan native English speaker, lagi la mahal diorang bayar bayar. Masa dia jadi cikgu English tu, dia stress dengan student kat sana sebab susah nak faham. Alaaaa lagi pun kat sana memang la susah sebab orang China mana pakai ABC kan. Duk sembang2 tu si Aleks cakap la yang dia memang mengajar bukan ikhlas mana pun, dia ajar just nak dapatkan duit je “I need money, I need money at that time” katanya. Dia nak duit sebab nak travel lagi, nak beli tiket flight, nak beli makanan bagai. Dalam hati aku bermonolog, boleh tahan juga awek ni, kalau ada duit, semua jalan. Korang faham tak apa yang aku faham ni? Hehehe


Masa lepak dekat taman tu. lepak2 sambil cuci mata heheheee


Habis puas duk lepak situ, dalam 15 minit sebelum appointment tu, kitaorang pun pergi la BNZ tu jumpa officer Bhai tu. Yang best BNZ ni, setiap receptionist ni ada flag kat baju dorang ni, jadi kalau ada yang tak reti English tu, boleh la cari orang yang ada flag Negara sendiri dalam BNZ tu.hehehe

Kitaorang pun tunggu la dalam 10 minit gitu, si officer Bhai pun dah ready kat appointment table dalam tu. Kitaorang pun dijemput masuk la, yang si Aleks ni cakap la aku ni menumpang datang untuk bukak akaun bank, sebab aku ni pun ada masalah sama, si Bhai cakap okay aja. Lepas bagi national ID, passport dan Visa bagai. Kitaorang pun bagi la alamat si Hamish sebagai official address untuk akaun kitaorang. Tapi si Bhai ni reject sebab reason first Hamish takde akaun dengan BNZ, jadi dia tak boleh jadi introducer, lagi satu sebab Hamish just acknowledge address tu dalam a piece of paper conteng2, lagi la dia tak diterima. Yang lagi kitaorang pening, dia cakap kalau kitaorang ni dah ada IRD number, dia boleh je open akaun, tapi bila tanya orang IRD, diaorang perlukan akaun bank dulu sebagai rujukan sebab kitaorang takde lesen. Apa bangang punya procedur la, mujur la si Bhai ni cakap elok2, si Aleks ni pulak happy je sebab Bhai friendly je dengan dia, yela jantan bila dengan aweks, mesti layanan nya special sikit, dengan aku ni cukup2 syarat je, tapi aku tak leh salahkan Bhai tu juga, sebab aku pun macam dia jugak…kekekekeke

Lepas habis kitaorang bincang2 semua, si Bhai pun cakap la satu cara paling cepat dan mudah, kitaorang pergi Backpacker kat belakang ni, pastu book 1 malam bilik or dorm ke, then mintak official letter yang cakap kita duk hostel tersebut. Kalau kitaorang dapat letter tu, habis cerita pasal akaun bank ni. Apa lagi aku dengan Aleks pun cari la backpackers dekat2 situ, dah la susah nak cari, jauh pulak tu, terhengeh hengeh aku follow si Aleks jalan ni, kan aku dah cakap, dia jalan laju. Penat nak kejarnya. Backpackers first kitaorang pergi adalah di Xbase, agak mengecewakan sebab semua dorm yang murah2 dah fully booked. Then kitarang cari the next backpacekrs, sampai la di Nomad Backpackers, si awek cun receptionist tu cakap yang tinggal hanya la bilik yang harga 60 dollar gitu satu malam, terkejut beruk jugak Aleks nak bayar, aku lagi la berat mulut nak cakap “Yes” nak bayar banyak tu setakat nak surat bodoh tu je. Jadi kitaorang slow talk la kat awek receptionist tu situation kitaorang yang actually mahukan surat macam nak endorse gitu je yang aku dan Aleks duk hostel tu hanya untuk nak open bank akaun je. At last punya nye baik awek blonde yang jaga kaunter tu tolong free je kat kitaorang. Apa lagi happy la aku dibuatnya. Rasa nak mengorat je awek cun kaunter Nomad Backpackers tu. Tapi lupa hari tu aku dating dengan Aleks, nanti Nampak sangat la pulak kegatalan aku kan.

Dipendekkan cerita, dapat surat, lepas tu pergi jumpa dengan Bhai then Berjaya juga bukak akaun bank di New Zealand! Yahooooo! Dalam hati bermonolog pulak aku, Berjaya juga aku buka akaun bank di Oversea,yang dulu di Australia walaupun aku illegal, tapi mudah je bukak akaun bank, jadi mat saleh ni tak bijak mana pun sebenarnye.hehehe (sebenanya ni akaun kedua aku di Oversea, yang pertama dulu masa aku kerja haram di Australia)
Masa balik tu happy bukan main kitaorang, pastu tadi si Bhai bagi coupon Ice Cream free dari mana dia dapat entah lah. Jadi perut dah lapar hari tu, kitaorang pun tanya la si Bhai tu mana Kebab yang murah2 sini, dia tunjuk la satu small stall belakang situ kebab paling murah aku dapat, hanya 6 dollar, biasanya dekat 9.90 dollar. Pada masa sama juga, dah kedai2 kebab halal gitu, aku tanya la ada job tak, tapi seperti yang dijangka, job kosong takde tapi yang baiknya dia rekemen pergi kedai sebelah maybe they have vacancies. Tapi yang tak bestnye kepala hotak ko nak pi kedai sebalah nak tanya job kosong sebab kedai sebab tu bukan restaurant biasa, tapi PUB. Tak sanggup aku keje nak hidang arak semata-mata nak duk New Zealand. Camner, alim tak aku? Hehhehehe

Lepas kitaorang pelahap kebab, lupa pulak aku si Aleks ni nak ice cream free tu, jadi cari la kitaorang putar2 dekat shopping mall dekat2 currie street bus stop ni, penat jugak putar2 masuk dalam semua tapi tak jumpa, nak dijadikan cerita, kitaorang dah nak give up dah, keluar je depan shopping mall tu, ternampak lah sign board stall ais krim tu tepi jalan je, kecik je, nasib la free je ais krim tu. Kalau tak nak menyumpah mulut ni fikirkan penat nak cari stall dorang. Sabo jela sebab Aleks kan :-)

Hari dah petang, aku dah penat, akaun bank dah ada. Apa lagi happy la kitaorang balik. Waktu tu hari dah petang, mat saleh baru balik keje, so join la aku sekaki naik bas poyo macam penatkan diri baru balik keje jugak, kan aku cakap, aku suka memoyokan diri untuk jadi macam mat saleh tempatan juga, at least tak la Nampak sangat aku datang NZ untuk membaglakan diri kan.heheheh.


Bila sampai umah, Gee dan Monika ada dengan aktiviti dorang, aku takmo ambik tahu. Hari pun tak gelap, Hamish dah balik kerja, macam biasa masing2 sediakan makanan untuk dinner, aku dalam hati bermonolog “Makan sayur lagi malam ni, makna kata esok pagi berak cair lagi la aku, nasib la duk dengan mat saleh”…….

Thursday, February 19, 2015

Dating dengan Awek Poland

Esok harinya, aku bangun lewat sikit sebab tidur nyeyak sangat semalam. Hamish dah pergi kerja, Gee and Monika bangun awal, yang baik dorang ni, awal2 pagi bangun, terus gotong royong cuci rumah Hamish, segan pulak aku jadinya terpaksa aku join sekali dorang cuci2 rumah Hamish. Yela aku pun kaki wayang juga depan2 orang ni, tapi wayang aku pun, wayang buat kerja la walau tak berapa ikhlas :-)

Aleks bangun lewat sikit, mungkin dia penat jugak kot semalam, ye la dia fly dari Canada, baru jumpa boyfriend dia study sana, penat la tu jigi2.hehehe tak kisah la tu hal dia, hal aku sendiri pun tak terfikir, buang tenaga je fikir hal orang. Ke tak ye gitu?

Lepas habis cuci2 rumah Hamish tu, ada jugak scene yang boleh dianggap kejutan budaya bagi aku, nak kata rezeki aku tak berapa selera, tak terkejut camner si Gee pakai bikini je masa cuci jamban, yang aku mana pernah tengok live gitu dekat2, jadi aku buat2 la terbiasa. Dalam otak terfikir, yela dorang ni brazil punya orang, setakat bikini tu apa la sangat nak belanja, tak luak pun.hehehehe

Lepas habis cuci2, si Gee dan Monika naik basikal pergi pantai katanya, diorang dapat info dari Hamish semalam kata ada pantai dekat situ, tapi selepas sejam lebih gitu,end up dorang a bit frustrated juga sebab sesampai sana, actually bukan pantai sangat pun, just tepi2 laut yang takde tempat nak lepak2. Aku ni tengok dorang nak kesian jugak, tapi fikir2 balik buat apa nak kesian, diri aku sendiri pun aku tak berapa nak kesian. Sabo jela aku bermonolog dalam hati.

Lepas diorang balik, sekarang giliran aku dan Aleks la pulak belasah basikal tu. Aku ni bukan jenis kaki basikal sangat, tengok area situ pun banyak bukit2, lagi lemau aku nak gatih basikal. Tapi hari tu aku terpaksa sebabnya aku nak pergi Kiwibank nak buka akaun, pastu Aleks nak join sekali, tu yang aku dating dengan dia tu.hehehe

Cehhh malu pulak si Aleks belakang tu takut termasuk sekali dalam gambo..Sorry banyak gambo selfie aku je, ye la takdop orang nak tolong ambik, tak ambik rugi pulak kan?


Tengok dalam Google Maps tu location Kiwibank tu agak senang, bila naik basikal boleh tahan juga pancit aku turun naik bukit, mahu krem kaki aku. Tapi dah dating dengan awek Poland, takkan aku nak Nampak lembik kan? Mesti la nak tunjuk aku ni fit dan tough kan? Setakat bukit2 area milbrought aku tapau je, aku kan the strongest Malay guy depan awek Poland ni :-P

About half an hour aku gatih basikal dgn Aleks, tersesat juga kitaorang sana sini, dah la kawasan bukit2, nasibla tak berapa panas cuaca NZ ni. Sampai satu junction ni kitaorang dah give up nak study Maps, so tanya seorang Mouri Guy ni, mak ai bapak baik brother ni siap tunjuk jalan follow dengan kereta lagi. Kiwibank ni rupa2nya dah dekat, cuma ke dalam sikit tepi countdown area situ. Lasty Berjaya la jumpa Kiwibank ni, actually bukan kiwi bank pun, Cuma post office dan diorang ni macam Agent KiwiBank gitu, jadi nak buka akaun bagai boleh la dengan post office ni.

Sampai2 je post office tu, apa lagi laju la kitarang masuk terjah kaunter (Mek Saleh ni memang jalan laju), bila tanya kauntar semua, agak sedih jugak sebab kitaorang tak boleh buka akaun bank sebab diorang nak driving license untuk one of identity verification. Si Aleks ni boleh tahan carutnya, semua Fucking Fucking habis keluar, aku dalam hati kata ko nak fucking pun, dekat kaunter tadi tak fucking nya, depan aku juga la ko nak fucking. Nasib la awek blonde, layan tak berapa layan je la walaupun dalam hati nak melayan.hehe


Lepas tu kitaorang pun masuk la countdown kejap nak beli air ke, kerepok2 ke sebab kitaorang plan nak lepak any park yang dekat2 situ, tapi at last kitaorang balik je, Aleks pun dah penat muka masam dah macam period, aku pun cam dah malas nak gatih2 basikal ni. At the end kitaorang lepak kat garden rumah Hamish je. 

Aku minum coke sambil layan John, si Aleks minum coffee sambil skype dengan boyfriend dia. Yang lawak nye one moment when she was skyping with her boyfriend, she kept asking him “Do you have money to pay your fee??!!” dalam hati aku, WTF jerit2 dgn boyfriend tanya soalan gitu depan orang, dah macam kakak tanya adik je nak bagi duit. Yela boyfriend dia Indian 5 years younger than her, sounds weird? No la bro, sometimes love is weird for you but sweet to others. Terkeluar madah pujangga pulak dah…sekali sekala takpe…..! :-)

Mat Kelate di Rumah Mat Saleh

First night di rumah Hamish, macam biasa masing2 perkenalkan diri, si Gee (Awek Brazil) tu vegetarian dan datang Auckland dari Queenstown sebab nak pergi Africa buat kerja amal, dia tumpang kejap kat rumah Hamish sementara tunggu flight dia 2 3 hari lagi. Kawan dia Monika (susah nak ingat nama pelik sangat) dari Brazil juga dari Queenstown datang Auckland sebab tunggu boyfriend dia datang dan ajaknya nak beli kereta selepas boyfriend dia datang. Diorang ni ada plan nak p festival apa entah nanti. Macam2 hal la dorang ni, aku tak korek sangat pasal hal dorang, sebab aku malas nak ambik tahu dan aku penat sangat.

Si couple Brazil ni just nak stay for few days tak macam aku seminggu. Si boyfriend ni nak balik Australia study, yang girlfriend dia pun nak balik Australia juga sebab study. Tapi flight lain2 balik Australia. Aku pun tak berapa faham plan dorang sebab aku rasa lain macam je, mungkin dorang ni just scandal dan jalan2 kat NZ je. Entah lah. Tapi yang menarik tentang couple ni, mostly diorang hitchhiking je around NZ sebab duit dorang pun tak banyak sangat, lagi pun aku dorang diorang pun sengkek je, pokai je memanjang sampai nak beli makanan nak share pun macam tak berapa ada duit. Tak kisah lah kan, aku pun takde duit banyak sangat juga.hehehe
Signboard2 couple Brazil tu pakai sepanjang diorang hitch-hiking kat NZ ni. Boleh tahan jugak survival skill diorang motif nak jimat ni kan?

Yang last sekali, awek Poland ni nama Aleks, dia ni tengok muka jenis masam je selalu. Tapi masa sembang, okay juga kalau ko friendly, dia pun friendly. Tapi aku tengok dia ni macam mood period je, yela skype dengan mak dia pun berteriak, webcam dengan boyfriend dia pun berteriak. Lagi satu aku dengan dia ni macam senasib je, maksud aku dan dia tak lessen, jadi gila leceh aku nak apply akaun bank dengan IRD number bagai. Takpela, at least aku tak keseorangan, ada juga peneman awek blonde made in Poland.hahaha

Lepas lepak2 petang tu, selepas magrib, kitaorang pergi Park N Save beli barang makanan, yang aku terharu, diorang tahu aku muslim, so diorang tak makan babi masa aku ada dan mahu beli daging halal. Itu yang aku respek diorang ni. Malam tu disebabkan aku tak makan daging dan Gee tak makan daging, so kiaorang bersetujula untuk masak dinner based on vegetarian menu. Yang masaknya diorang, aku tukang tengok je. Ialah kalau bagi sardin, tahu la aku nak masaknya, ni dorang masak ingredient yang aku sendiri tak reti nak sebut. Tapi semuanya berasaskan sayur2 gitu. Mahunya cair tahik aku seminggu makan sayur je.wawaaaaaa!


From left girlfriend kapel tu aku lupa nama sebab pelik sangat bunyinya, tengah tu la Gee dan yang blonde tu Aleks tu

From left P.cik Hamish, monika dan boyfriend Brazil tu aku lupa jugak nama dia



Malam 25/02/14 tu aku penat sangat, yela nearly 24 hours aku tak tidur. Dorang pun faham aku penat, aku pun melayan je la dorang lepak2 gitu2 je. Jadi lepas makan, lepak sikit kat ruang tamu, aku pun masuk tidur bilik aku sendiri yang Hamish bagi duk sorang. Yang couple tu duk dalam khemah kat luar rumah, Gee, Monika dan Aleks duk satu bilik yang ada katil dua tingkat.



Sebelum masuk bilik, aku sembang sikit dengan Aleks dan plan kitaorang ada masalah yang sama iaitu takde lessen, jadi nanti esok ke lusa kalau nak pergi buka akaun bank, aku akan roger dialah. Tidur lah aku untuk malam pertama di NZ…….. 

New Zealand, Mung Tunggu Aku Datang!

Petang 25/2/14. Ingat lagi aku tiba lewat petang di airport Auckland, sedikit lewat disebabkan flight aku delay dari Melbourne. Setibanya aku di Auckland, perasaan aku agak excited bila melihat bumi New Zealand yang cantik dari atas flight. Walaupun agak penat sebab aku fly dari KL ke Singapore, Singapore ke Melabourne, dan Melbourne ke Auckland. Hampir 24 jam aku duk atas flight dan duk airport transit, tapi perasaan aku untuk hidup di New Zealand menghilangkan rasa penat aku. Aku tak kisah tak tidur dalam perjalanan asalkan aku sampai NZ dan rasa kesejukan bumi NZ.

Aku naik Tiger Airway je sebab paling murah. Ni kapal aku masa naik di Singapore ke Melbourne.
Ketika di Melbourne, aku sempat message pada Hamish nak inform flight aku delay sikit, dia adalah tuan rumah yang nak bagi tumpang aku nanti. Aku request pak cik ni (boleh panggil pak cik sebab umur above 50) melalui couchsurfing. Syukur alhamdulilah dia approve aku untuk tumpang seminggu. Jimat dah aku duit sewa backpacker 140 NZD. Ye la kira2 bersih dalam poket aku hanya ada 1500 NZD saje, mana nak cekau duit in case kalau aku tak dapat job as soon as possible. Dalam perkiraan aku, dengan duit 1500 NZD aku tuh, kalau beli tiket flight balik Malaysia 500 dollar, so tinggal la 1k dollar, tolak sewa bagai Nampak gaya nye aku boleh hidup less than 1 month je, so mentally aku kena ready untuk struggle untuk hidup Negara orang. Pape pun terjadi, aku memang yakin dalam diri aku. Malik boleh Malik boleh! Aku teriak dalam hati, ada orang dengar? Kot ye orang dengar, mat saleh mana nak faham “boleh” tu apa kan?

Makanan aku ketika transit di Melbourne, duit takde, beli je apa yang murah untuk alas perut




















Malas nak merapu, berbalik pada kisah aku sampai Auckland lewat petang tu, sesampai aku di Auckland, aku lapar sangat, jadi aku pelahap la McD di airport situ, beli satu set fillet o fish sekali dgn fries and coke. Tahan sikit la perut ni walaupun otak nak cari Nasi Goreng. Tapi reda je la duk Negara mat saleh, makan pun macam mat saleh juga la.huhu

Bila aku beli McD tu, aku beli la sim Vodafone, activate semua bagai, aku pun message la si Hamish cakap aku dah sampai. Dalam memenunggu tu, terperasan la aku kat McD tempat aku tunggu tu, ada couple muka macam geng2 amerika selatan tengah menunggu juga. Bila Hamish dah sampai, terkejut beruk aku yang si couple south America tu will be stayed together dgn aku sebab diorang tunggu Hamish juga. Lagi terkejut beruk aku masa Hamish datang tu, ada dua lagi ladies yang akan join aku juga. Jadi aku seorang la mat kelate bersama dengan 1 couple Brazil dan 2 lagi perempuan Brazil.

Yang aku tak tahan nya, Hamish ni jenis koboi juga habis kesemua kitaorang disumbatnya dalam kereta kecik dia. Termasuk aku semua adalah 6 orang duk dalam kereta kecik dia tu. Dalam hati aku lantak la, asalkan duk free, tambang pun free, ni pun nasib la orang bagi tumpang semua.


Sesampai di rumah pula, ada lagi awek Poland nama Aleks, si awek blonde body standard asia je, tak besar, tak kasar macam typical mat saleh dan tak kecik. Ngam2 kalau jalan dengan aku orang boleh gossip dia tu girlfriend aku.haha


Gambar ni sebelum flight landing kat Auckland, lepas ambik gambar, aku record video sebab excited, lepas tu pramugari datang sound suruh off telefon aku, binaweeee!