Thursday, February 19, 2015

Dating dengan Awek Poland

Esok harinya, aku bangun lewat sikit sebab tidur nyeyak sangat semalam. Hamish dah pergi kerja, Gee and Monika bangun awal, yang baik dorang ni, awal2 pagi bangun, terus gotong royong cuci rumah Hamish, segan pulak aku jadinya terpaksa aku join sekali dorang cuci2 rumah Hamish. Yela aku pun kaki wayang juga depan2 orang ni, tapi wayang aku pun, wayang buat kerja la walau tak berapa ikhlas :-)

Aleks bangun lewat sikit, mungkin dia penat jugak kot semalam, ye la dia fly dari Canada, baru jumpa boyfriend dia study sana, penat la tu jigi2.hehehe tak kisah la tu hal dia, hal aku sendiri pun tak terfikir, buang tenaga je fikir hal orang. Ke tak ye gitu?

Lepas habis cuci2 rumah Hamish tu, ada jugak scene yang boleh dianggap kejutan budaya bagi aku, nak kata rezeki aku tak berapa selera, tak terkejut camner si Gee pakai bikini je masa cuci jamban, yang aku mana pernah tengok live gitu dekat2, jadi aku buat2 la terbiasa. Dalam otak terfikir, yela dorang ni brazil punya orang, setakat bikini tu apa la sangat nak belanja, tak luak pun.hehehehe

Lepas habis cuci2, si Gee dan Monika naik basikal pergi pantai katanya, diorang dapat info dari Hamish semalam kata ada pantai dekat situ, tapi selepas sejam lebih gitu,end up dorang a bit frustrated juga sebab sesampai sana, actually bukan pantai sangat pun, just tepi2 laut yang takde tempat nak lepak2. Aku ni tengok dorang nak kesian jugak, tapi fikir2 balik buat apa nak kesian, diri aku sendiri pun aku tak berapa nak kesian. Sabo jela aku bermonolog dalam hati.

Lepas diorang balik, sekarang giliran aku dan Aleks la pulak belasah basikal tu. Aku ni bukan jenis kaki basikal sangat, tengok area situ pun banyak bukit2, lagi lemau aku nak gatih basikal. Tapi hari tu aku terpaksa sebabnya aku nak pergi Kiwibank nak buka akaun, pastu Aleks nak join sekali, tu yang aku dating dengan dia tu.hehehe

Cehhh malu pulak si Aleks belakang tu takut termasuk sekali dalam gambo..Sorry banyak gambo selfie aku je, ye la takdop orang nak tolong ambik, tak ambik rugi pulak kan?


Tengok dalam Google Maps tu location Kiwibank tu agak senang, bila naik basikal boleh tahan juga pancit aku turun naik bukit, mahu krem kaki aku. Tapi dah dating dengan awek Poland, takkan aku nak Nampak lembik kan? Mesti la nak tunjuk aku ni fit dan tough kan? Setakat bukit2 area milbrought aku tapau je, aku kan the strongest Malay guy depan awek Poland ni :-P

About half an hour aku gatih basikal dgn Aleks, tersesat juga kitaorang sana sini, dah la kawasan bukit2, nasibla tak berapa panas cuaca NZ ni. Sampai satu junction ni kitaorang dah give up nak study Maps, so tanya seorang Mouri Guy ni, mak ai bapak baik brother ni siap tunjuk jalan follow dengan kereta lagi. Kiwibank ni rupa2nya dah dekat, cuma ke dalam sikit tepi countdown area situ. Lasty Berjaya la jumpa Kiwibank ni, actually bukan kiwi bank pun, Cuma post office dan diorang ni macam Agent KiwiBank gitu, jadi nak buka akaun bagai boleh la dengan post office ni.

Sampai2 je post office tu, apa lagi laju la kitarang masuk terjah kaunter (Mek Saleh ni memang jalan laju), bila tanya kauntar semua, agak sedih jugak sebab kitaorang tak boleh buka akaun bank sebab diorang nak driving license untuk one of identity verification. Si Aleks ni boleh tahan carutnya, semua Fucking Fucking habis keluar, aku dalam hati kata ko nak fucking pun, dekat kaunter tadi tak fucking nya, depan aku juga la ko nak fucking. Nasib la awek blonde, layan tak berapa layan je la walaupun dalam hati nak melayan.hehe


Lepas tu kitaorang pun masuk la countdown kejap nak beli air ke, kerepok2 ke sebab kitaorang plan nak lepak any park yang dekat2 situ, tapi at last kitaorang balik je, Aleks pun dah penat muka masam dah macam period, aku pun cam dah malas nak gatih2 basikal ni. At the end kitaorang lepak kat garden rumah Hamish je. 

Aku minum coke sambil layan John, si Aleks minum coffee sambil skype dengan boyfriend dia. Yang lawak nye one moment when she was skyping with her boyfriend, she kept asking him “Do you have money to pay your fee??!!” dalam hati aku, WTF jerit2 dgn boyfriend tanya soalan gitu depan orang, dah macam kakak tanya adik je nak bagi duit. Yela boyfriend dia Indian 5 years younger than her, sounds weird? No la bro, sometimes love is weird for you but sweet to others. Terkeluar madah pujangga pulak dah…sekali sekala takpe…..! :-)

Mat Kelate di Rumah Mat Saleh

First night di rumah Hamish, macam biasa masing2 perkenalkan diri, si Gee (Awek Brazil) tu vegetarian dan datang Auckland dari Queenstown sebab nak pergi Africa buat kerja amal, dia tumpang kejap kat rumah Hamish sementara tunggu flight dia 2 3 hari lagi. Kawan dia Monika (susah nak ingat nama pelik sangat) dari Brazil juga dari Queenstown datang Auckland sebab tunggu boyfriend dia datang dan ajaknya nak beli kereta selepas boyfriend dia datang. Diorang ni ada plan nak p festival apa entah nanti. Macam2 hal la dorang ni, aku tak korek sangat pasal hal dorang, sebab aku malas nak ambik tahu dan aku penat sangat.

Si couple Brazil ni just nak stay for few days tak macam aku seminggu. Si boyfriend ni nak balik Australia study, yang girlfriend dia pun nak balik Australia juga sebab study. Tapi flight lain2 balik Australia. Aku pun tak berapa faham plan dorang sebab aku rasa lain macam je, mungkin dorang ni just scandal dan jalan2 kat NZ je. Entah lah. Tapi yang menarik tentang couple ni, mostly diorang hitchhiking je around NZ sebab duit dorang pun tak banyak sangat, lagi pun aku dorang diorang pun sengkek je, pokai je memanjang sampai nak beli makanan nak share pun macam tak berapa ada duit. Tak kisah lah kan, aku pun takde duit banyak sangat juga.hehehe
Signboard2 couple Brazil tu pakai sepanjang diorang hitch-hiking kat NZ ni. Boleh tahan jugak survival skill diorang motif nak jimat ni kan?

Yang last sekali, awek Poland ni nama Aleks, dia ni tengok muka jenis masam je selalu. Tapi masa sembang, okay juga kalau ko friendly, dia pun friendly. Tapi aku tengok dia ni macam mood period je, yela skype dengan mak dia pun berteriak, webcam dengan boyfriend dia pun berteriak. Lagi satu aku dengan dia ni macam senasib je, maksud aku dan dia tak lessen, jadi gila leceh aku nak apply akaun bank dengan IRD number bagai. Takpela, at least aku tak keseorangan, ada juga peneman awek blonde made in Poland.hahaha

Lepas lepak2 petang tu, selepas magrib, kitaorang pergi Park N Save beli barang makanan, yang aku terharu, diorang tahu aku muslim, so diorang tak makan babi masa aku ada dan mahu beli daging halal. Itu yang aku respek diorang ni. Malam tu disebabkan aku tak makan daging dan Gee tak makan daging, so kiaorang bersetujula untuk masak dinner based on vegetarian menu. Yang masaknya diorang, aku tukang tengok je. Ialah kalau bagi sardin, tahu la aku nak masaknya, ni dorang masak ingredient yang aku sendiri tak reti nak sebut. Tapi semuanya berasaskan sayur2 gitu. Mahunya cair tahik aku seminggu makan sayur je.wawaaaaaa!


From left girlfriend kapel tu aku lupa nama sebab pelik sangat bunyinya, tengah tu la Gee dan yang blonde tu Aleks tu

From left P.cik Hamish, monika dan boyfriend Brazil tu aku lupa jugak nama dia



Malam 25/02/14 tu aku penat sangat, yela nearly 24 hours aku tak tidur. Dorang pun faham aku penat, aku pun melayan je la dorang lepak2 gitu2 je. Jadi lepas makan, lepak sikit kat ruang tamu, aku pun masuk tidur bilik aku sendiri yang Hamish bagi duk sorang. Yang couple tu duk dalam khemah kat luar rumah, Gee, Monika dan Aleks duk satu bilik yang ada katil dua tingkat.



Sebelum masuk bilik, aku sembang sikit dengan Aleks dan plan kitaorang ada masalah yang sama iaitu takde lessen, jadi nanti esok ke lusa kalau nak pergi buka akaun bank, aku akan roger dialah. Tidur lah aku untuk malam pertama di NZ…….. 

New Zealand, Mung Tunggu Aku Datang!

Petang 25/2/14. Ingat lagi aku tiba lewat petang di airport Auckland, sedikit lewat disebabkan flight aku delay dari Melbourne. Setibanya aku di Auckland, perasaan aku agak excited bila melihat bumi New Zealand yang cantik dari atas flight. Walaupun agak penat sebab aku fly dari KL ke Singapore, Singapore ke Melabourne, dan Melbourne ke Auckland. Hampir 24 jam aku duk atas flight dan duk airport transit, tapi perasaan aku untuk hidup di New Zealand menghilangkan rasa penat aku. Aku tak kisah tak tidur dalam perjalanan asalkan aku sampai NZ dan rasa kesejukan bumi NZ.

Aku naik Tiger Airway je sebab paling murah. Ni kapal aku masa naik di Singapore ke Melbourne.
Ketika di Melbourne, aku sempat message pada Hamish nak inform flight aku delay sikit, dia adalah tuan rumah yang nak bagi tumpang aku nanti. Aku request pak cik ni (boleh panggil pak cik sebab umur above 50) melalui couchsurfing. Syukur alhamdulilah dia approve aku untuk tumpang seminggu. Jimat dah aku duit sewa backpacker 140 NZD. Ye la kira2 bersih dalam poket aku hanya ada 1500 NZD saje, mana nak cekau duit in case kalau aku tak dapat job as soon as possible. Dalam perkiraan aku, dengan duit 1500 NZD aku tuh, kalau beli tiket flight balik Malaysia 500 dollar, so tinggal la 1k dollar, tolak sewa bagai Nampak gaya nye aku boleh hidup less than 1 month je, so mentally aku kena ready untuk struggle untuk hidup Negara orang. Pape pun terjadi, aku memang yakin dalam diri aku. Malik boleh Malik boleh! Aku teriak dalam hati, ada orang dengar? Kot ye orang dengar, mat saleh mana nak faham “boleh” tu apa kan?

Makanan aku ketika transit di Melbourne, duit takde, beli je apa yang murah untuk alas perut




















Malas nak merapu, berbalik pada kisah aku sampai Auckland lewat petang tu, sesampai aku di Auckland, aku lapar sangat, jadi aku pelahap la McD di airport situ, beli satu set fillet o fish sekali dgn fries and coke. Tahan sikit la perut ni walaupun otak nak cari Nasi Goreng. Tapi reda je la duk Negara mat saleh, makan pun macam mat saleh juga la.huhu

Bila aku beli McD tu, aku beli la sim Vodafone, activate semua bagai, aku pun message la si Hamish cakap aku dah sampai. Dalam memenunggu tu, terperasan la aku kat McD tempat aku tunggu tu, ada couple muka macam geng2 amerika selatan tengah menunggu juga. Bila Hamish dah sampai, terkejut beruk aku yang si couple south America tu will be stayed together dgn aku sebab diorang tunggu Hamish juga. Lagi terkejut beruk aku masa Hamish datang tu, ada dua lagi ladies yang akan join aku juga. Jadi aku seorang la mat kelate bersama dengan 1 couple Brazil dan 2 lagi perempuan Brazil.

Yang aku tak tahan nya, Hamish ni jenis koboi juga habis kesemua kitaorang disumbatnya dalam kereta kecik dia. Termasuk aku semua adalah 6 orang duk dalam kereta kecik dia tu. Dalam hati aku lantak la, asalkan duk free, tambang pun free, ni pun nasib la orang bagi tumpang semua.


Sesampai di rumah pula, ada lagi awek Poland nama Aleks, si awek blonde body standard asia je, tak besar, tak kasar macam typical mat saleh dan tak kecik. Ngam2 kalau jalan dengan aku orang boleh gossip dia tu girlfriend aku.haha


Gambar ni sebelum flight landing kat Auckland, lepas ambik gambar, aku record video sebab excited, lepas tu pramugari datang sound suruh off telefon aku, binaweeee!