Thursday, February 19, 2015

Mat Kelate di Rumah Mat Saleh

First night di rumah Hamish, macam biasa masing2 perkenalkan diri, si Gee (Awek Brazil) tu vegetarian dan datang Auckland dari Queenstown sebab nak pergi Africa buat kerja amal, dia tumpang kejap kat rumah Hamish sementara tunggu flight dia 2 3 hari lagi. Kawan dia Monika (susah nak ingat nama pelik sangat) dari Brazil juga dari Queenstown datang Auckland sebab tunggu boyfriend dia datang dan ajaknya nak beli kereta selepas boyfriend dia datang. Diorang ni ada plan nak p festival apa entah nanti. Macam2 hal la dorang ni, aku tak korek sangat pasal hal dorang, sebab aku malas nak ambik tahu dan aku penat sangat.

Si couple Brazil ni just nak stay for few days tak macam aku seminggu. Si boyfriend ni nak balik Australia study, yang girlfriend dia pun nak balik Australia juga sebab study. Tapi flight lain2 balik Australia. Aku pun tak berapa faham plan dorang sebab aku rasa lain macam je, mungkin dorang ni just scandal dan jalan2 kat NZ je. Entah lah. Tapi yang menarik tentang couple ni, mostly diorang hitchhiking je around NZ sebab duit dorang pun tak banyak sangat, lagi pun aku dorang diorang pun sengkek je, pokai je memanjang sampai nak beli makanan nak share pun macam tak berapa ada duit. Tak kisah lah kan, aku pun takde duit banyak sangat juga.hehehe
Signboard2 couple Brazil tu pakai sepanjang diorang hitch-hiking kat NZ ni. Boleh tahan jugak survival skill diorang motif nak jimat ni kan?

Yang last sekali, awek Poland ni nama Aleks, dia ni tengok muka jenis masam je selalu. Tapi masa sembang, okay juga kalau ko friendly, dia pun friendly. Tapi aku tengok dia ni macam mood period je, yela skype dengan mak dia pun berteriak, webcam dengan boyfriend dia pun berteriak. Lagi satu aku dengan dia ni macam senasib je, maksud aku dan dia tak lessen, jadi gila leceh aku nak apply akaun bank dengan IRD number bagai. Takpela, at least aku tak keseorangan, ada juga peneman awek blonde made in Poland.hahaha

Lepas lepak2 petang tu, selepas magrib, kitaorang pergi Park N Save beli barang makanan, yang aku terharu, diorang tahu aku muslim, so diorang tak makan babi masa aku ada dan mahu beli daging halal. Itu yang aku respek diorang ni. Malam tu disebabkan aku tak makan daging dan Gee tak makan daging, so kiaorang bersetujula untuk masak dinner based on vegetarian menu. Yang masaknya diorang, aku tukang tengok je. Ialah kalau bagi sardin, tahu la aku nak masaknya, ni dorang masak ingredient yang aku sendiri tak reti nak sebut. Tapi semuanya berasaskan sayur2 gitu. Mahunya cair tahik aku seminggu makan sayur je.wawaaaaaa!


From left girlfriend kapel tu aku lupa nama sebab pelik sangat bunyinya, tengah tu la Gee dan yang blonde tu Aleks tu

From left P.cik Hamish, monika dan boyfriend Brazil tu aku lupa jugak nama dia



Malam 25/02/14 tu aku penat sangat, yela nearly 24 hours aku tak tidur. Dorang pun faham aku penat, aku pun melayan je la dorang lepak2 gitu2 je. Jadi lepas makan, lepak sikit kat ruang tamu, aku pun masuk tidur bilik aku sendiri yang Hamish bagi duk sorang. Yang couple tu duk dalam khemah kat luar rumah, Gee, Monika dan Aleks duk satu bilik yang ada katil dua tingkat.



Sebelum masuk bilik, aku sembang sikit dengan Aleks dan plan kitaorang ada masalah yang sama iaitu takde lessen, jadi nanti esok ke lusa kalau nak pergi buka akaun bank, aku akan roger dialah. Tidur lah aku untuk malam pertama di NZ…….. 

No comments:

Post a Comment