Thursday, February 19, 2015

Dating dengan Awek Poland

Esok harinya, aku bangun lewat sikit sebab tidur nyeyak sangat semalam. Hamish dah pergi kerja, Gee and Monika bangun awal, yang baik dorang ni, awal2 pagi bangun, terus gotong royong cuci rumah Hamish, segan pulak aku jadinya terpaksa aku join sekali dorang cuci2 rumah Hamish. Yela aku pun kaki wayang juga depan2 orang ni, tapi wayang aku pun, wayang buat kerja la walau tak berapa ikhlas :-)

Aleks bangun lewat sikit, mungkin dia penat jugak kot semalam, ye la dia fly dari Canada, baru jumpa boyfriend dia study sana, penat la tu jigi2.hehehe tak kisah la tu hal dia, hal aku sendiri pun tak terfikir, buang tenaga je fikir hal orang. Ke tak ye gitu?

Lepas habis cuci2 rumah Hamish tu, ada jugak scene yang boleh dianggap kejutan budaya bagi aku, nak kata rezeki aku tak berapa selera, tak terkejut camner si Gee pakai bikini je masa cuci jamban, yang aku mana pernah tengok live gitu dekat2, jadi aku buat2 la terbiasa. Dalam otak terfikir, yela dorang ni brazil punya orang, setakat bikini tu apa la sangat nak belanja, tak luak pun.hehehehe

Lepas habis cuci2, si Gee dan Monika naik basikal pergi pantai katanya, diorang dapat info dari Hamish semalam kata ada pantai dekat situ, tapi selepas sejam lebih gitu,end up dorang a bit frustrated juga sebab sesampai sana, actually bukan pantai sangat pun, just tepi2 laut yang takde tempat nak lepak2. Aku ni tengok dorang nak kesian jugak, tapi fikir2 balik buat apa nak kesian, diri aku sendiri pun aku tak berapa nak kesian. Sabo jela aku bermonolog dalam hati.

Lepas diorang balik, sekarang giliran aku dan Aleks la pulak belasah basikal tu. Aku ni bukan jenis kaki basikal sangat, tengok area situ pun banyak bukit2, lagi lemau aku nak gatih basikal. Tapi hari tu aku terpaksa sebabnya aku nak pergi Kiwibank nak buka akaun, pastu Aleks nak join sekali, tu yang aku dating dengan dia tu.hehehe

Cehhh malu pulak si Aleks belakang tu takut termasuk sekali dalam gambo..Sorry banyak gambo selfie aku je, ye la takdop orang nak tolong ambik, tak ambik rugi pulak kan?


Tengok dalam Google Maps tu location Kiwibank tu agak senang, bila naik basikal boleh tahan juga pancit aku turun naik bukit, mahu krem kaki aku. Tapi dah dating dengan awek Poland, takkan aku nak Nampak lembik kan? Mesti la nak tunjuk aku ni fit dan tough kan? Setakat bukit2 area milbrought aku tapau je, aku kan the strongest Malay guy depan awek Poland ni :-P

About half an hour aku gatih basikal dgn Aleks, tersesat juga kitaorang sana sini, dah la kawasan bukit2, nasibla tak berapa panas cuaca NZ ni. Sampai satu junction ni kitaorang dah give up nak study Maps, so tanya seorang Mouri Guy ni, mak ai bapak baik brother ni siap tunjuk jalan follow dengan kereta lagi. Kiwibank ni rupa2nya dah dekat, cuma ke dalam sikit tepi countdown area situ. Lasty Berjaya la jumpa Kiwibank ni, actually bukan kiwi bank pun, Cuma post office dan diorang ni macam Agent KiwiBank gitu, jadi nak buka akaun bagai boleh la dengan post office ni.

Sampai2 je post office tu, apa lagi laju la kitarang masuk terjah kaunter (Mek Saleh ni memang jalan laju), bila tanya kauntar semua, agak sedih jugak sebab kitaorang tak boleh buka akaun bank sebab diorang nak driving license untuk one of identity verification. Si Aleks ni boleh tahan carutnya, semua Fucking Fucking habis keluar, aku dalam hati kata ko nak fucking pun, dekat kaunter tadi tak fucking nya, depan aku juga la ko nak fucking. Nasib la awek blonde, layan tak berapa layan je la walaupun dalam hati nak melayan.hehe


Lepas tu kitaorang pun masuk la countdown kejap nak beli air ke, kerepok2 ke sebab kitaorang plan nak lepak any park yang dekat2 situ, tapi at last kitaorang balik je, Aleks pun dah penat muka masam dah macam period, aku pun cam dah malas nak gatih2 basikal ni. At the end kitaorang lepak kat garden rumah Hamish je. 

Aku minum coke sambil layan John, si Aleks minum coffee sambil skype dengan boyfriend dia. Yang lawak nye one moment when she was skyping with her boyfriend, she kept asking him “Do you have money to pay your fee??!!” dalam hati aku, WTF jerit2 dgn boyfriend tanya soalan gitu depan orang, dah macam kakak tanya adik je nak bagi duit. Yela boyfriend dia Indian 5 years younger than her, sounds weird? No la bro, sometimes love is weird for you but sweet to others. Terkeluar madah pujangga pulak dah…sekali sekala takpe…..! :-)

No comments:

Post a Comment