Saturday, March 7, 2015

The day in Auckland City

Hari ke hari duk negara orang sangat merisaukan aku, yela duit makin sikit, beli makanan itu ini, akaun bank pulak tak leh bukak lagi sebab masalah license, IRD number tak buat lagi sebab lesen juga. Nak taknak, aku kena hadapi jugak, takkan aku nak beli tiket balik sebab masalah cam gini kan? Lagi teruk nampak sangat loser sangat akunye.

Malam sebelumnya aku lepak dengan Aleks, kita dah plan nak pergi Bank of New Zealand or BNZ instead of Kiwibank. Katanya Aleks BNZ ni bagus sikit kawan dia recommended. Aku takde hal bank mana pun, yang penting aku dapat simpan duit dan duit aku selamat. Itu aja, lagi pun aku ni simple je orang nye. Jenis takmo fikir banyak. Keep it simple mat saleh cakap.

Pagi tu around 9 am gitu aku pun bersiap nak pergi Auckland city sebab nak bukak akaun bank, actually Aleks dah buat appointment dengan Bhai, aku lupa officer India tu punya nama, jadi aku hentam je nama Bhai. Appointment dia tengah hari gitu, jadi kitaorang naik bas dari Malborough tu dalam pukul 10 am gitu. Tambang tak silap aku 5 dollar, pergi balik jadi 10 dollar kalau convert jadi RM27..mau nangis aku buatnye.

Bus stop dari rumah Hamish ni tak jauh sangat, jalan kaki dalam 5 minit dah sampai. Hari tu panas tak berapa panas, kira ngam2 la. Masa dalam bas tu, best juga rasa ye la boleh juga aku poyo konon2 aku ni orang NZ yang ada urusan ke bandar, style jugak aku pakai spek hitam bagai, naik angin pulak nak style mentang2 la dating dengan mek saleh dan duk negara mat saleh, kalau kat Malaysia setakat pergi bank, seluar trek je aku belasah.hahaha
Dekat tangan aku, aku prepare maps Auckand dalam pamphlet, bukan apa, aku saja je tak nak guna Maps dalam telefon, nak jimat bateri. Ye la kalau bateri habis, satu keje pulak nak cari power plug. Jadi masa aku dating dgn Aleks tu, kiranya Nampak macam couple jugak la, aku ni dengan Maps kat tangan, Aleks pulak bawak camera DSLR dia tu.

Sesampai di Currie Street tengah Bandar Auckland tu, perkara pertama kitaorang cari BNZ je dulu. Senang je jumpa, just jalan lurus je situ. Tak besar mana pun Auckland Center ni, dan tak menarik sangat untuk aku, ye la tengok suasana macam Australia je, lagipun banyak asian, lagi la aku tak suka. Dalam otak aku memang aku prefer nak stay duk celah2 kampung di NZ ni, terbayang gunung ganang cantik dengan rumput dan lembut susu dutch lady tu, hishh tak sabo pulak aku nak keluar dari Auckland ni J

Oleh sebab kitaorang sampai awal sangat, jadi kitaorang pun plan la untuk sightseeing around the city dulu. Kitaorang putar2 kat Auckland Tower ni je, pastu pergi area belah2 laut tu, nama apa entah aku pun dah lupa. Dalam putar2 dengan Aleks ni, aku pun sembang2 la dia, katanya dia bukan jenis yang suka jumpa2 orang pastu peluk2 sana sini, dia akan friendly bila dia dah start kenal orang, pastu baru la dia boleh gelak2 sakan bagai. Aku faham dia takut aku compare dia dengan si Gee and monika tu, dorang memang friendly, awal2 jumpa aku pun aku dah kena peluk dorang, pastu nak pergi tidur pun si monika ni main peluk2 juga. Habis tercemar aku punya teruna jantan Melayu aku ni kan selepas dicabul awek Brazil, adoiiii :-P  Tengah jalan2 tu, yang lawak nye, si Aleks ni boleh pulak terlupa bawak memory card camera dia. Alahai awek ni, buat lawak je. Takpela, beg aku jugak jadi mangsa dia nak tumpangkan camera dia, tak kisahlah duk Negara orang kena banyak buat baikkan, baru la ramai orang sekeliling tolong kita.heheehe

Bila penat jalan-jalan, kaki ni pun nak krem jugak lah sebab lama tak exercise kan, kitaorang pun nak cari la mana2 the nearest park area situ nak lepak kejap sambil aku nak minum air Barbican yang aku beli 3.50 dollar ni, kira maju jugak la air barbican ni sampai ke NZ pun ada. Pandai betul orang Arab meniaga. Nak dijadikan cerita, aku dengan Aleks ni tengah belek2 Maps ni, tetiba seorang mak cik tua menyapa kitaorang,
“Hey do you need a help?” katanya sambil duduk di bangku jalanan tu. Aleks pulak menjawab “We’re looking for a park somewhere around here, could you help us?”
Mak cik tu menjawab menjawab, “Sure! You just walk straight on this round and turn left on that junction, bla bla bla bla……” sambil tunjuk kan jari ke hala junction traffic light tersebut. “Maybe you’ve to walk in 5 minutes to reach there” at last mak cik cakap, aku pun cakap la thank you heaps kat mak cik tu. 

Jalan la kitaorang ke Park situ, penat juga sebab kena naik turun bukit jugak, tapi sesampai kat taman tu, kitaorang lepak la bawah pokok situ. Sambil2 minum air semua, si Aleks duk la bercerita masa dia travel kat China dulu, nak cari duit senang je dia jadi cikgu English part time, sejam lumayam juga la orang sana bayar. Dia cakap kalau orang berkulit putih dan native English speaker, lagi la mahal diorang bayar bayar. Masa dia jadi cikgu English tu, dia stress dengan student kat sana sebab susah nak faham. Alaaaa lagi pun kat sana memang la susah sebab orang China mana pakai ABC kan. Duk sembang2 tu si Aleks cakap la yang dia memang mengajar bukan ikhlas mana pun, dia ajar just nak dapatkan duit je “I need money, I need money at that time” katanya. Dia nak duit sebab nak travel lagi, nak beli tiket flight, nak beli makanan bagai. Dalam hati aku bermonolog, boleh tahan juga awek ni, kalau ada duit, semua jalan. Korang faham tak apa yang aku faham ni? Hehehe


Masa lepak dekat taman tu. lepak2 sambil cuci mata heheheee


Habis puas duk lepak situ, dalam 15 minit sebelum appointment tu, kitaorang pun pergi la BNZ tu jumpa officer Bhai tu. Yang best BNZ ni, setiap receptionist ni ada flag kat baju dorang ni, jadi kalau ada yang tak reti English tu, boleh la cari orang yang ada flag Negara sendiri dalam BNZ tu.hehehe

Kitaorang pun tunggu la dalam 10 minit gitu, si officer Bhai pun dah ready kat appointment table dalam tu. Kitaorang pun dijemput masuk la, yang si Aleks ni cakap la aku ni menumpang datang untuk bukak akaun bank, sebab aku ni pun ada masalah sama, si Bhai cakap okay aja. Lepas bagi national ID, passport dan Visa bagai. Kitaorang pun bagi la alamat si Hamish sebagai official address untuk akaun kitaorang. Tapi si Bhai ni reject sebab reason first Hamish takde akaun dengan BNZ, jadi dia tak boleh jadi introducer, lagi satu sebab Hamish just acknowledge address tu dalam a piece of paper conteng2, lagi la dia tak diterima. Yang lagi kitaorang pening, dia cakap kalau kitaorang ni dah ada IRD number, dia boleh je open akaun, tapi bila tanya orang IRD, diaorang perlukan akaun bank dulu sebagai rujukan sebab kitaorang takde lesen. Apa bangang punya procedur la, mujur la si Bhai ni cakap elok2, si Aleks ni pulak happy je sebab Bhai friendly je dengan dia, yela jantan bila dengan aweks, mesti layanan nya special sikit, dengan aku ni cukup2 syarat je, tapi aku tak leh salahkan Bhai tu juga, sebab aku pun macam dia jugak…kekekekeke

Lepas habis kitaorang bincang2 semua, si Bhai pun cakap la satu cara paling cepat dan mudah, kitaorang pergi Backpacker kat belakang ni, pastu book 1 malam bilik or dorm ke, then mintak official letter yang cakap kita duk hostel tersebut. Kalau kitaorang dapat letter tu, habis cerita pasal akaun bank ni. Apa lagi aku dengan Aleks pun cari la backpackers dekat2 situ, dah la susah nak cari, jauh pulak tu, terhengeh hengeh aku follow si Aleks jalan ni, kan aku dah cakap, dia jalan laju. Penat nak kejarnya. Backpackers first kitaorang pergi adalah di Xbase, agak mengecewakan sebab semua dorm yang murah2 dah fully booked. Then kitarang cari the next backpacekrs, sampai la di Nomad Backpackers, si awek cun receptionist tu cakap yang tinggal hanya la bilik yang harga 60 dollar gitu satu malam, terkejut beruk jugak Aleks nak bayar, aku lagi la berat mulut nak cakap “Yes” nak bayar banyak tu setakat nak surat bodoh tu je. Jadi kitaorang slow talk la kat awek receptionist tu situation kitaorang yang actually mahukan surat macam nak endorse gitu je yang aku dan Aleks duk hostel tu hanya untuk nak open bank akaun je. At last punya nye baik awek blonde yang jaga kaunter tu tolong free je kat kitaorang. Apa lagi happy la aku dibuatnya. Rasa nak mengorat je awek cun kaunter Nomad Backpackers tu. Tapi lupa hari tu aku dating dengan Aleks, nanti Nampak sangat la pulak kegatalan aku kan.

Dipendekkan cerita, dapat surat, lepas tu pergi jumpa dengan Bhai then Berjaya juga bukak akaun bank di New Zealand! Yahooooo! Dalam hati bermonolog pulak aku, Berjaya juga aku buka akaun bank di Oversea,yang dulu di Australia walaupun aku illegal, tapi mudah je bukak akaun bank, jadi mat saleh ni tak bijak mana pun sebenarnye.hehehe (sebenanya ni akaun kedua aku di Oversea, yang pertama dulu masa aku kerja haram di Australia)
Masa balik tu happy bukan main kitaorang, pastu tadi si Bhai bagi coupon Ice Cream free dari mana dia dapat entah lah. Jadi perut dah lapar hari tu, kitaorang pun tanya la si Bhai tu mana Kebab yang murah2 sini, dia tunjuk la satu small stall belakang situ kebab paling murah aku dapat, hanya 6 dollar, biasanya dekat 9.90 dollar. Pada masa sama juga, dah kedai2 kebab halal gitu, aku tanya la ada job tak, tapi seperti yang dijangka, job kosong takde tapi yang baiknya dia rekemen pergi kedai sebelah maybe they have vacancies. Tapi yang tak bestnye kepala hotak ko nak pi kedai sebalah nak tanya job kosong sebab kedai sebab tu bukan restaurant biasa, tapi PUB. Tak sanggup aku keje nak hidang arak semata-mata nak duk New Zealand. Camner, alim tak aku? Hehhehehe

Lepas kitaorang pelahap kebab, lupa pulak aku si Aleks ni nak ice cream free tu, jadi cari la kitaorang putar2 dekat shopping mall dekat2 currie street bus stop ni, penat jugak putar2 masuk dalam semua tapi tak jumpa, nak dijadikan cerita, kitaorang dah nak give up dah, keluar je depan shopping mall tu, ternampak lah sign board stall ais krim tu tepi jalan je, kecik je, nasib la free je ais krim tu. Kalau tak nak menyumpah mulut ni fikirkan penat nak cari stall dorang. Sabo jela sebab Aleks kan :-)

Hari dah petang, aku dah penat, akaun bank dah ada. Apa lagi happy la kitaorang balik. Waktu tu hari dah petang, mat saleh baru balik keje, so join la aku sekaki naik bas poyo macam penatkan diri baru balik keje jugak, kan aku cakap, aku suka memoyokan diri untuk jadi macam mat saleh tempatan juga, at least tak la Nampak sangat aku datang NZ untuk membaglakan diri kan.heheheh.


Bila sampai umah, Gee dan Monika ada dengan aktiviti dorang, aku takmo ambik tahu. Hari pun tak gelap, Hamish dah balik kerja, macam biasa masing2 sediakan makanan untuk dinner, aku dalam hati bermonolog “Makan sayur lagi malam ni, makna kata esok pagi berak cair lagi la aku, nasib la duk dengan mat saleh”…….

No comments:

Post a Comment